Wednesday, November 16, 2011

ku menunggu .....

Photobucket 
napew??? pulak nih?? tunggu apa?? kowunk tanya lah diri masing masing .... hahhah
xdew  arhh aq niey skunk dok tunggu prince charming datang... alerrrr ... x arhhh tipu ajeww...
dok menunggu cikgu panggil untuk makan JAMUAN untuk darjah 6 jeww.. best nyew best nyew..(sambil melompat kegirangan like kids dpt coklat).. yahoo.. dapt makan ... alerr  leww nanti aq update blog tau nanti kitew letak gambar

Tuesday, November 15, 2011

debaran kian dirasai

Photobucket
i'm so tired today n lazy+no mood at all to wrote something !! but if i did'nt wrote more than 1 days i feel uneasy!! wth of feeling real i don't know... i'm also very eager to write about this tittle ! i like  so much this entry ok STOP !!!!!!!!!!  we're out of the main topic.. back to the topic aq rasa semakin x sedap hati memandang kan  keputusan peperiksaan bakal keluar 2 hari sahaja lagi bak kata pepatah mandi x asah tidur x lena gitu lah gamaknya( nampak nyeww dah mula melalut) why aq aser takut bagai nak rak ni? of coz rr this is very important to me and aq boleh janji yang mungkin aq akan sakit mental kalau asyik duk memikirkan ini.... btw ari niey pom ari yang bahagia iaitu hari ni adalah MY BUFDAY !!! yahoooo!! hoooray(melompat kegirangan like kanak kanak ribena n dapat gula gula) hehehe... ok dah malas nk tulis panjang wanna gosok baju sekolah chow right babe

Sunday, November 13, 2011

ReNung renungkan lah....



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ- Pemimpin yang adil.



ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".



ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-

Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :



① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Saturday, November 12, 2011

such a bored day !!

Photobucket
 
bowing wing gilewww hari nieyyy .... dah lah hari yang membosankan pastu ditambah pulak ngan  perutku meragam n pening kepala... huhh hanya Tuhan aje lah yang tahu betapa seksanya.. berpuluh puluh kali masuk tandas .. urgent call punyer pasal.. dah 2 hari lamanya x update blog niey aserr cam lain pulak yew lah mana x nyerr semalam sehari suntuk tido aje kejenye.... hehhe ok lah got to go.. my mom dah membebel.. ditambah pulak my sis nk guna. bye bye...

PERINGATAN 4 you alls sume yeww..

Photobucket
SEBAGAI PERINGATAN KAT KORANG DAN SAYA JUGA...
1- Kemunculan Iman Mahdi,
2- Kemunculan Dajjal,
3- Kemunculan keturunan Hazrat Isa (AS),
4- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj,
5- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur,
6- Pintu pengampunan akan ditutup,
7- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
8- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shgga mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
9- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
10- Pemusnahan Kabah,
11- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
12- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya, maka binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh,
13- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya, akan membangkitkan semua ciptaan Allah danbertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi.

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
..."Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan
Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"..

Thursday, November 10, 2011

oh no !!!!!! next week

Photobucket

ahhhhh aserrrrrrrr nk menjerit pom ada naper? penyebabnyerrr adalah minggu depan banyak perkara yang bakal terjadi... takut ada , x suka ada , hepi pom ada jugak , ini lah senarai nya....


 AHAD ~ hari keputeraan so automatically cuti yeahhh ( alolo mcm kanak kanak ribena lah pulak heheh)               
*happy

ISNIN ~ dapat buku rekod a.k.a. buku adab belajar (adeessssss niey yg aq lemah nieyyy ) *takut

SELASA ~ my bufdayyy yeahhhh  * for sure larr happy  kan ??? 
                  sukaneka kat sekolah ( haishhh aserr malas lah pulak nk g sek hahaha)* x suka

RABU ~ aderrr jamuan akhir tahun special untuk years six... ( best best best dapat mknn) * hepi

KHAMIS ~huarrghhhhhhhhhhh nieyy hari keramat yg paling ditakuti untuk murid drjh 6 seluruh Malaysia
                  akan ambl result UPSR harap harap dpt 5A amin.. inshaallah * takut derr 


 FINALLY HOPE ALL MY LIST  THAT I WROTE IN MY BLOG GOING THROUGH GENTLY AND SMOTHLY......
 JANGAN LUPA DOAKAN SAYA EKK???? PLEAZ HANYA ALLAH YG DAPAT MEMBALASNYA...........




Tuesday, November 8, 2011

letih derr takut pom ada...

Photobucket
huhhhhhhhh pasti meletih kannn ari nieyy walaupom org dah start keje... ,, sek sek di bachok x sek tau yeahh yeahhhh  oukey berbalik kepada cerita kiterr naperr aq kata ari nieyy pasti meletihkannn coz nyerr aq  my family kene g mkn gulai kat tawang.. huhh pasti letih coznyerr aq dah mls nk g jalan... xi x derr arah tul lahh owng tue ckg aq so kene lah pergi kan?? untuk menghormati dyerr lah katakan ......... x tau nk wat aperr derr.. boring tahap gaban dah nieyy tue arghh pepagi niey aq dok online .. walaupom x mandi ag hehheh.. bertuah punyerrrr budakkk...( budak kerww) hheheheh betul lah budak 12 tahun x cukup ag... anywayyy siapa yang baca entry ni.. kan??? aq nk minta diorang doa doa kan lah aq yerr  coz aq niey tengah dalam kemuncak yerr  debaran ini semakin dirasai.. ari khamis atau rabu nieyy kemungkinan besar keptusan peperiksaan UPSR akan diumumkan??? oh no!!!!!!!!!!!!!! wth of the explanation huhhh takowt nyerrrrrrrrrrrr. ok derr gua choww dulu...